top of page
Meeting

Pendidikan Kerjaya

Apa Itu
Pendidikan
Kerjaya ?

Pendidikan kerjaya merupakan program pendidikan yang bersifat komprehensif yang memfokus kepada kerjaya. Perkara ini bermula dari peringkat awal, mungkin pada peringkat tadika lagi dan berlanjutan hingga peringkat dewasa. Pendidikan kerjaya bukan sahaja membekalkan kita dengan maklumat kerjaya ataupun pembentukan kemahiran, tetapi pendidikan kerjaya membantu kita membina sikap yang positif terhadap kepentingan kerja sama ada dari segi peribadi, psikologi, sosial mahupun ekonomi.
 

Definisi in sahaja sudah menunjukkan kepentingan pendidikan kerjaya iaitu satu program yang menyeluruh yang sengaja diadakan supaya setiap orang yang mengikutinya akan mendapat maklumat, kemahiran dan juga membina sikap yang positif terhadap kerja. Terdapat tiga komponen besar dalam pendidikan kerjaya iaitu mengetahui perihal diri, mengenali dunia kerja dan kaitannya dengan pendidikan dan akhirnya mengetahui perancangan kerjaya.

 


Pendidikan kerjaya mungkin bole juga didefinisikan sebagai program pendidikan yang komprehensif yang member penekanan kepada menyediakan semua pelajar atau individu dalam sesebuah masyarakat supaya mendapat kepuasan dan menunjukkan produktiviti dalam pekerjaan.

Kepentingan Pendidikan Kerjaya

Pendidikan keriaya bertujuan untuk memberi makna kepada semua pendidikan dengan menghubungkaitkan kandungan pelajaran dengan dunia pekerjaan. Melalui pendidikan kerjaya, semua pelajar mestilah meninggalkan sistem persekolahan dengan atribut yang menarik kepada bakal mailkan atau kebolehan-kebolehan yang boleh digunakan untuk bekerja sendiri. Majikan-maikan pula mungkin tertarik dengan kemahiran-kemahiran kerja yang khusus. Mereka juga akan mencari pekerja yang memiliki sikap yang sesuai serta kebolehan umum yang luas untuk menguasai sesuatu kerja dan berupaya menunjukkan produktiviti dengan segera.

Pendidikan kerjaya tidak boleh dianggap sebagai pendidikan akademik atau vokasional kerana perkara in memerlukan kedua-duanya untuk menyediakan sikap, pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk kejayaan dalam sesuatu kerjaya. Pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi adalah tempat di mana remaja dan orang dewasa bole memperolehi ilmu yang bersesuaian dengan dunia kerja.
 

Pendidikan kerjaya sepatutnya menjadi sebahagian daripada kurikulum pelajar sejak mereka memasuki alam persekolahan dan seharusya mengaitkan pembacaan, penulisan dan pengiraan dalam pelbagai cara kehidupan dewasa dan mendapatkan sumber pendapatan. Selari dengan perkembangan pelajar melalui pembelajaran di sekolah, kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan sikap yang perlu untuk berjaya dalam sesuatu kerjaya mestilah ditekan dan diterap ke dalam semua mata pelajaran di sekolah, bukan hanya semata-mata melalui kelas berasingan yang khusus untuk mereka yang ingin memulakan kerja.

 


Pendidikan kerjaya tidak seharusya dilihat secara sempit iaitu mengaitkannya dengan pekerjaan semata-mata, tetapi seharusya mampu mengintegrasikan segala ilmu yang diperoleh melalui proses pembelajaran ke arah suasana rumah, komuniti, sekolah dan tempat kerja agar lebih mencabar dan produktif. Pendidikan Kerjaya seharusnya mampu menggalakkan individu untuk membuat pemilihan kerjaya sementara bertujuan memberi makna dan motivasi kepada pembelajaran dan pengalaman. Pendidikan ini juga seharusn ya mampu menggalakkan mereka supaya menangsuhkan pemilihan kerjaya yang kekal sehinggalah segala fakta tentang diri dan pekerjaan diperoleh

Kepentingan Kaunseling Kerjaya

Kepentingan pendidikan kerjaya terserlah daripada asas falsafah dan definisinya. Pendidikan kerjaya ialah satu persediaan untuk semua aktiviti yang berguna dan produktif di tempat kerja (sama ada berbayar atau sukarela), sebagai majikan atau pekerja, dalam perniagaan persendirian atau sektor swasta atau dalam keluarga.

 

Sehubungan dengan ini, konsep asas bagi pendidikan kerjaya ialah semua jenis pengalaman pendidikan, kurikulum, pengajaran, dan kaunseling mestilah mencakupi persediaan untuk kebebasan ekonomi, memenuhi keperluan personal dan penghargaan terhadap sesuatu kerjaya.

Seorang tokoh terkenal iaitu Sidney P. Merland, bekas Penolong Setiausaha Pendidikan, Jabatan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan Amerika Syarikat menyatakan bahawa pendidikan kerjaya merupakan satu konsep yang mempunyai tiga perkara iaitu:

1. Pendidikan kerjaya akan menjadi sebahagian daripada kurikulum untuk semua pelajar, bukan sebahagiannya sahaja.

2. Pendidikan kerjaya akan berlanjutan sepanjang kanak-kanak di sekolah dari darjah satu, sehinggalah kanak-kanak ke sekolah menengah dan pendidikan tinggi.

3. Semua pelajar yang meninggalkan alam persekolahan mesti memperoleh kemahiran-kemahiran yang perlu untuk mereka meneruskan kehidupan sendiri dan keluarga walaupun mereka meninggalkan alam persekolahan peringkat menengah sebelum menamatkannya.

Pautan Maklum Balas

Anda boleh memberi maklum balas tentang laman sesawang ini di pautan di bawah. Semoga laman sesawang ini dapat membantu kamu dalam meneroka personaliti diri untuk memilih laluan kerjaya dengan berkesan.

bottom of page