
Inventori Minat Kerjaya (SDS)
Faktor Mempengaruhi Minat Kerjaya
Alat ukuran Self-Directed Search (SDS) telah dibina oleh John L. Holland. Alat ukuran ini mengandungi 192 item yang mempunyai pilihan jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ untuk mengukur minat kerjaya atau jenis personaliti seseorang. Walaupun alat ukuran SDS mempunyai 192 item berbanding VPI 160 item, ia hanya mengandungi 6 sub skala pengukuran iaitu Realistik (R),Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan conventional (C).
Kebolehpercayaan dan kesahan bagi ujian ini dalam budaya asalnya (Amerika) didapati tinggi.Holland (1971) telah mengemukakan data yang menunjukkan tiap-tiap skala SDS adalah konsisten (kadar keofisien daripada Kuder Richardson formula 20 adalah daripada 63 hingga 87 dantertumpu pada 70). Penilaian yang berbeza ke atas dimensi yang sama, seperti aktiviti dan kecekapan dalam jenis realistik menunjukkan korelasi yang positif. O’Conell dan Sedlecek (1972) melaporkan satu kepercayaan daripada satu ujian yang diulangi semula yang mempunyai kofisien0.92 bagi jangka waktu tujuh bulan. Sementara kesahan terjemahan dan adaptasi yang diperoleh (Amla Salleh, 1984) adalah tinggi, iaitu 0.80.
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahanyang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian dan para responden perlulah menjawab berdasarkan minat mereka dan bukannya mengikut pandangan orang lain.
Fungsi Ujian SDS
-
Untuk memilih pekerjaan
-
Untuk tujuan penerokaan diri dan kerjaya
-
Untuk membuat perancangan pendidikan dan kerjaya
-
Untuk memperoleh maklumat kerjaya
Ujian SDS ini adalah berdasarkan Teori Tepologi Holland (John L. Holland). Menurut Hollandterdapat 6 jenis personaliti iaitu REALISTIK (R), INVESTIGATIF (I), ARTISTIK (A), SOSIAL (S), ENTERPRISING (E) dan COVENSIONAL (C).
Menurut Holland lagi, individu akan mencari persekitaran yang akan membenarkan ekspresi diri.Dan tingkah laku individu iaitu Motivasi, Pencapaian, Kepuasan, Produktiviti dan Stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran.
Realistik
Jenis personaliti Realistik ini adalah jenis individu yang mempunyai kemahiran etletik dan mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan.Contoh pekerjaan Realistik ialah : Jurutera awam, jurutera keratapi, jurutera automotif, juruteraelektrik, operator mesin, mekanik kapal terbang, mekanik kereta, jurutera elektronik, ahli ilmu perkebunan dan tukang kayu.
Antara ciri-ciri individu yang Realistik ialah :
-
Tidak sosial
-
Suka menyendiri
-
Natural
-
Jujur
-
Berhemat
-
Keras hati
-
Keras kepala
-
Tidak melibatkan diri
-
Materialistik
-
Akur
-
Tidak fleksibel
-
Normal
-
Tulin
-
Tiada/kurang celik akal
-
Praktikal


Investigatif
Jenis Personaliti Investigatif adalah jenis individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Indivudu jenis ini juga mempunyai kemahiran saintifik dan matematik yang tinggidan meminati kerjaya yang bercorak teknikal.
Contoh pekerjayaan Investigatif ialah : doktor perubatan, doktor gigi, ahli kaji cuaca, ahli biologi,ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kaji bumi, penyelidik sains dan antropologis.
Antara ciri-ciri individu yang Investigatif ialah :
-
Analitik
-
Rasional
-
Intelektual
-
Kritikal
-
Pendiam
-
Pesimistik
-
Ingin tahu
-
Tidak popular
-
Bebas
-
Berhati-hati
-
Menyisihkan diri
-
Introspektif
-
Kompleks
-
Rendah hati
Artistik
Jenis Personaliti Artistik ini merupakan individu yang mempunyai kemahiran artistik dan inovatif. Mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Mereka juga tidak selesa dengan kerja yang berstruktur tinggi, rutin atau berulang-ulang. Dalam kebanyak hal, mereka selalunya menggunakan imaginasi dan kreativiti.
Contoh pekerjaan artistik ialah :
-
Penyair
-
Penyajak
-
Pemimpin orchestra
-
Penyanyi konsert
-
Pengubah lagu
-
Pengarang
-
Pelukis perdagangan
-
Pelukis potret
-
Wartawan
-
Pelukis kartun
-
Juruhias dalaman
-
Penghias rumah
-
Arkitek


Sosial
Jenis personaliti sosial adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati serta membuat kebajikan kepada orang lain. Mereka mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir dalam berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama mereka ialah membuatkebajikan.
Contoh pekerjaan jenis personaliti social ini ialah ahli sosiologi, guru, pengetua sekolah, pegawai perhubungan awam, pengarah kem belia, pengarah agensi kebajikan, kaunselor kerjayadan kaunselor peribadi.
Antara ciri-ciri Personaliti Sosial ialah:
-
Berpengaruh
-
Bertanggungjawab
-
Idealistik
-
Sabar
-
Bijaksana
-
Baik hati
-
Pemurah
-
Mesra
-
Suka menolong
-
Bekerjasama
-
Sosial
-
Empati
-
Peramah
-
Memahami
-
Pemujuk
Enterprising
Jenis personaliti enterprising adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan individu lain. Matlalmat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.
Antara ciri-ciri Personaliti Enterprising Ialah:
-
Sukakan pencapaian
-
Suka menggoda
-
Suka menunjuk
-
Mudah bersetuju
-
Yakin diri
-
Berusaha
-
Angkuh
-
Suka bercakap
-
Bertenaga
-
Suka mengembara
-
Optimistik
-
Mengembirakan
-
Bercita-cita tinggi
-
Sosial
-
Ekstrovert


Konvensional
Jenis personaliti konvensional ialah jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kemahiran dankebolehan dalam menggunakan nombor. Mereka selalunya melakukan sesuatu perkara dengan terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
Contoh pekerjaan yang sesuai bagi mereka ialah : setiausaha syarikat, penyimpan kira-kira, guru perdagangan, guru perakaunan, akauntan, kerani bank, pakar cukai, kerani gaji, operator komputer, penilai harta, jurujual insuran dan kerani insuran.
Antara ciri-ciri jenis personality konvensional ialah:
-
Berhati-hati
-
Memendam rasa
-
Teliti
-
Sopan santun
-
Menurut perintah
-
Cekap
-
Tidak imaginative
-
Sukar dilentur
-
Akur
-
Praktikal
-
Mengikut arahan
-
Defensive
-
Cermat
