
Bimbingan & Kaunseling Kerjaya
Definisi Kerjaya
Tolbert (1994), mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan. Ivey dan Morril (1968) merumuskan bahawa proses kerjaya merupakan satu proses yang berterusan dengan seseorang itu melibatkan diri dalam sir tugas perkembangan yang perlu bag perkembangan peribadi dalam dunia pekerjaan.
Kerjaya menurut Super (1957, 1972) pula merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan ole seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan-peranan lain yang dilakukan olehnya selepas bersara. Super (1957, 1971, 1972) juga menjelaskan bahawa kerjaya ialah satu siri keadaan yang berlaku secara berturutan dalam kehidupan seseorang yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya, peranan yang dimainkan seta status seseorang itu sepanjang kehidupannya.

Sejarah Perkembangan Kaunseling Kerjaya
Di Malaysia
Tahun
1939
Perkara
-
JPN NNS, NMB telah menerbitkan buku “A Guide toCareers in Malaya for Parents, Teachers and Pupils”
-
Menerangkan dan menganalisis tentang siri kerjaya dalam perkhidmatan kerajaan
1959
-
Kementerian Buruh menubuhkan perkhidmatan pekerjaan belia dalam pelbagai jabatan buruh negeri
1960
-
Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekelilingmenekankan kepentingan bimbingan dan kerjaya dan keperluan melantik seorang guru kerjaya di sekolah
1961
-
Kementerian Buruh menerbitkan buku panduan “Handbook Facilities in the Federation of Malaya”
1966
-
RK Mc Kenzie dengan kerjasama Dewan Bahasa danPustaka telah menghasilkan sebuah buku panduan “Perkhidmatan dan Panduan di Sekolah” (perintah kepada guru besar supaya memberikan kemudahan bilik bagi kegiatan panduan dan bimbingan kerjaya di sekolah)
1968
-
Kementerian Pelajaran menubuhkan satu unit panduan pelajaran dan kerjaya di bawah BahagianPerancangan dan Penyelidikan Pelajaran
-
Tetapi matlamatnya tidak tercapai, kemudian dipindahkan ke Bahagian Sekolah
-
Unit perkembangan kerjaya dan bimbingan di sekolahditubuhkan
1969
-
Kementerian Pelajaran dengan bantuan UNICEF mengadakan kursus dalam perkidmatan selama 6 harikepada 275 orang.
-
Seminar bimbingan kerjaya juga diadakan selama 3 hari di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang
-
Fokus kaunseling kerjaya menumpukan terhadap pengumpulan dan penyebaran maklumat kerjaya
-
Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi titik tolak menyemarakkan perkembangan bimbingan kerjaya atas kesedaranpentingnya pekerjaan oleh setiap kaum
1970
-
Seminar panduan pelajaran dan kerjaya dianjurkan, persoalan bebanan tugas kaunselor dan guru bimbingan kerjaya dikurangkan kepada 25 waktu seminggu. Walau bagaimanapun, kaunselor menghadapi masalah kerana tidak mendapat latihan formal
-
Penggunaan alat ujian psikologi bagi mengenali minat dan personaliti bagi membantu membuat keputusan kerjaya
1973
-
Persatuan Bimbingan Vokasional Malaysia (MAVOGA)
-
Ditubuhkan untuk membantu membimbingan para pelajar mencari kerjaya yang sesuai.
1980-an
-
MRSM MARA menjadi kumpulan sekolah pertama yang memperkenalkan program B&K.
-
Pelaksanaan kaunseling kerjaya dilakukan sejajar dengan kehendak agama penganut.
-
Era pertanian dan perlombongan > era industri > erateknologi.
-
Kerajaan menjaga kebajikan murid melalui pekeliling kementerian (kewujudan Jawatankuasa Bimbingan Pelajardan Pelantikan kaunselor sepenuh masa).
1990-an
-
Kemelesetan ekonomi telah menggerakkan lagi perkembangan kaunseling kerjaya.
Apa Itu Bimbingan
Kerjaya ?
Bimbingan kerjaya adalah proses membantu individu memahami dan mengembangkan potensi mereka dalam konteks dunia kerja. Ini melibatkan berbagai aktivitas dan layanan yang bertujuan untuk membantu orang mengidentifikasi minat, bakat, nilai, dan tujuan karier mereka.
Tujuan dari bimbingan kerjaya adalah membantu individu membuat keputusan pendidikan dan karier yang tepat, mengembangkan keterampilan yang diperlukan untuk mencapai tujuan mereka, serta merencanakan langkah-langkah untuk mencapai kesuksesan dalam karier mereka.
Brown dan Brook (1986) telah mendefinisikan kaunseling kerjaya sebagai satu proses interpersonal yang direka bentuk untuk membantu individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya. Perkembangan kerjaya pula ialah satu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam pekerjaan.
Kaunseling kerjaya merupakan satu proses psikologi sepanjang hayat yang berinteraksi secara dinamik dengan peranan lain dalam kehidupan. Masalah kerjaya termasuklah ketidakupayaan membuat pemilihan, ketegangan dan penyesuaian, ketidaksesuaian dalam pekerjaan dengan individu dan integrasi diri dengan orang lain seperti ibu bapa dan rakan-rakan. Definisi ini sangat berbeza dengan pandangan tradisional tentang kaunseling kerjaya.
Apa Itu Kaunseling Kerjaya ?

Keperluan Terhadap Kaunseling Kerjaya
Kaunseling kerjaya memerlukan satu pendekatan yang lebih menyeluruh dan lengkap. Berikut disenaraikan faktor-faktor yang menimbulkan kesedaran terhadap perlunya pendekatan tersebut:
​
-
Banyak klien membawa masalah yang rumit dan kompleks yang tidak dapat diselesaikan dengan pendekatan yang ringkas. Oleh itu, kaunselor mestilah mempunyai kemahiran bukan sahaja dalam kaunseling kerjaya malahan juga dalam kaunseling individu.

-
Dikatakan sebanyak 16% klien tidak mampu membuat pemilihan kerjaya akibat masalah psikologi (indecisive), manakala selebihnya iaitu 84% (undecided) boleh membuat pemilihan dengan baik jika diberi bantuan misalnya bantuan untuk mendapatkan maklumat tentang kerjaya-kerjaya tersebut.
​
-
Okun (1984) dan Super (1984) menyatakan bahawa perancangan kerjaya yang baik perlulah juga mengambil kira peranan-peranan lain yang terlibat dalam kehidupan individu seperti peranan dalam keluarga dan masyarakat.
​
-
Kajian terkini menunjukkan bahawa kesihatan mental adalah berkaitan dengan isu kerjaya. Sehubungan itu, kaunselor perlulah mengenal pasti klien yang mengalami masalah tersebut. Masalah ini juga perlulah diselesaikan dahulu sebelum sesi kaunseling kerjaya dapat dimulakan.
Kepentingan Kaunseling Kerjaya
1. Kesedaran Diri
- Pelajar perlu mempunyai kesedaran tentang dirinya sendiri, kehendak atau keinginan dalam hidupnya, kekuatan, kegemaran, minat atau kebencian peribadi. Oleh itu, mudah bagi pelajar untuk membina pengetahuan diri dan mempunyai identiti keperibadian yang positif yang akan membantunya membuat keputusan keriaya seumur hidupnya supaya lebih berkesan dan bermanfaat.
​
2. Kesedaran Ekonomi
- Pelajar diharapkan supaya lebih jelas dan faham akan perhubungan antara ekonomi peribadi, gaya hidup dan juga pekerjaan. Ini penting supaya pelajar menyedari atau mengerti bahawa hidup memerlukan usaha bagi mengisi setiap sudut keperluan dalam kehidupan. Maka pekerjaan merupakan antara salah satu usaha yang dapat memenuhi dan mengisi keperluan hidup tersebut.
3. Kesedaran Pendidikan
- Pelajar diharapkan dapat mengenali kepentingan asas kemahiran perkembangan dan penguasaan kandungan pengetahuan untuk mencapai sesuatu matlamat kerjaya. Kesedaran terhadap pendidikan yang di peroleh dapat membekalkan mereka dengan pengetahuan untuk membolehkan mereka melaksanakan pekerjaan dengan baik.
​
4. Kesedaran Kerjaya
- Pelajar diharapkan dapat mengerti dan memahami bahawa perkembangan kerjaya termasuk dalam kemajuan pendidikan, pengalaman kerja, kefahaman terhadap pelbagai jenis pekerjaan dan kaitannya dengan kehidupan manusia mengikut peringkat-peringkat tertentu.
​
5. Sikap dan Apresiasi
- Pelajar dapat membentuk satu sistem nilai dalaman yang menyertakan sama penilaiannya terhadap kerjaya peribadi dan juga peranannya sebagaimana sebagaimana anggapan dan pemikiran orang lain. Apresiasi terhadap peranan kerjaya peribadi seseorang akan mendorongnya lebih bersikap aktif dan mampu memberi prestasi yang memuaskan bukan sahaja dalam kerjayanya malah juga kehidupan bermasyarakatnya.
​
6. Pengambilan Keputusan
- Selepas pelajar di bekalkan dengan pelbagai input/maklumat lengkap berkaitan setiap prospek keperluan kerjaya, maka, in akan memudahkan mereka membuat penilaian dan keputusan yang lebih tepat dan dapat memuaskan hat selaras dengan kehendak diri mereka.