
Personaliti & Persekitaran Kerjaya
Definisi Personaliti
Guildford (1959) mentakrifkan personaliti sebagai satu pola tret yang unik ada pada diri individu. Maddi (1989) pula mendefinisikan personaliti sebagai satu set ciri-ciri dan kecenderungan yang stabil yang menentukan kesamaan dan perbezaan tingkah laku psikologi seseorang.
Mengikut Austin dan Vines (1983), jenis personaliti ialah gabungan ciri-ciri baka dan pengalaman persekitaran. Umumnya, manusia dilahirkan dengan disposisi tertentu, tetapi interaksi manusia dengan persekitarannya mengakibatkan seseorang individu memperoleh suatu kecenderungan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tertentu.


Definisi Persekitaran
Persekitaran umumnya didefinisikan sebagai semua faktor atau kuasa yang wujud di luar diri individu yang: beroperasi mengawal tingkah di samping berperanan dalam membentuk perkembangan mental dan fizikal mereka. Anastasi (1965, 1982, 1988) mendefinisikan persekitaran sebagai ruang hidup seseorang individu.
Persekitaran menurut Holland (1985) merujuk kepada suasana dan situasi yang dihasilkan oleh individu individu yang menguasai sesuatu persekitaran itu. Contohnya, persekitaran R merujuk kepada persekitaran yang dikuasai oleh jenis personaliti R; begitu juga persekitaran E merujuk kepada persekitaran yang dikuasai ole jenis personaliti E dan sebagainya.
Faktor Genetik
Faktor genetik atau pewarisan. Faktor genetik in akan menentukan darjah kecerdasan, paras rupa, warna kulit, jantina, bentuk fizikal badan seperti ketinggian dan berat badan dan kecacatan anggota badan. Ole sebab itu, Islam sangat mementingkan aspek keturunan khususnya dalam soal memilih pasangan hidup dalam perkahwinan.
Faktor Pendidikan dan Pembelajaran
Pembelajaran dan pendidikan boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Melalui proses pembelajaran dan pendidikan yang dilalui, individu membina personaliti, minat, nilai, konsep kendiri, sikap, kebolehan, pencapaian dan pandangan umum tentang kehidupan. Semua aspek in sangat penting dalam menentukan kesesuaian dan keselarasan kerjaya seseorang. Aspek psikologi seseorang individu banyak terbentuk melalui proses pendidikan dan pembelajaran. Selain itu ada kerjaya yang memerlukan tahap pendidikan tinggi tetapi ada kerjaya yang hanya memerlukan tahap pendidikan rendah.
Faktor Persekitaran
Aspek persekitaran di mana individu tinggal juga adalah penting dalam perkembangan dan pemilihan kerjaya individu. Ini termasuklah soal politik, ekonomi dan sosial. Umumnya pekerjaan individu banyak berkaitan dengan apa yang wujud dalam persekitaran.ekonomi termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan perubahan teknologi, perubahan aliran perdagangan, peperangan dan jenis-jenis perniagaan. Penentu sosial pula meliputi tahap pelajaran, tahap sosioekonomi, kewarganegaraan dan bangsa. Penentu politik-selalunya dikaitkan dengan kestabilan politik dalam negara, keamanan sesebuah negara dan hubungan antarabangsa antara negara.
Faktor Agama
Proses pemilihan kerjaya berasaskan teori Barat mungkin berakhir apabila wujud kompromi antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya seperti yang dibincangkan di atas. Namun begitu dalam Islam penentu akhir perkembangan dan pemilihan kerjaya individu adalah ditentukan sama ada kerjaya itu halal dan haram. Dalam hal yang berkaitan dengan halal dan haram ini Islam tidak akan berkompromi. Kompromi mungkin wujud untuk kerjaya-kerjaya yang mempunyai unsur-unsur syubhah atau syak wasangka atau kerjaya yang terletak antara halal dan haram.
Faktor Mempengaruhi Minat Kerjaya

Keselarasan Kerjaya
Weinrach (1979) telah merumuskan bahawa model kaunseling kerjaya pendekatan Tret dan Faktor terdiri daripada model tiga langkah iaitu:
1) Mengenal pasti tret-tret dan ciri-ciri individu
2) Menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan
3) Memadankan individu dengan pekerjaan.
Matlamat akhir pendekatan in untuk memastikan ciri-ciri personal individu selaras dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu bidang pekerjaan. Menurut beliau in bertujuan supaya individu dapat mencapai kepuasan dan produktiviti yang tinggi.
Inti pati daripada kenyataan Weinrach in ialah betapa perlunya is keselarasan kerjaya diberi penekanan sewajarnya dalam proses pemilihan kerjaya. Proses pemilihan kerjaya berasaskan teori in lebih kepada usaha cuba memadankan individu dengan pekerjaan. Proses yang berlaku seakan-akan cuba memadankan pasak bulat ke dalam lubang bulat dan pasak empat segi ke dalam lubang empat segi (Weinrach 1979).
Menurut Super (1957, 1972), individu akan mengimplementasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri. Implikasi daripada kenyataan ini jalab individu akan berusaha sedaya upaya untuk memilih bidang kerjaya yang membolehkannya menyalurkan segala ciri yang ada pada dirinya termasuklah minat, nilai, dan juga personalitinya. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya. Kepuasan hanya akan diperoleh apabila kerjaya yang diceburi selaras dengan ciri-ciri individu.
Holland pula menegaskan bahawa kepuasan kerja, kebolehan, dan pencapaian adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja (Holland 1973, 1985; dim. Brown & Brooks 1984). Beliau seterusnya menjelaskan bahawa keselarasan yang ideal akan wujud jika jenis personaliti selaras dengan jenis persekitaran. Apabila in terjadi, individu dikatakan akan gembira dengan pilihannya dan memperoleh tingkat kepuasan yang maksimum.
Menurut Holland (1973, 1978, 1985, 1996), individu dan persekitaran bole diklasifikasikan kepada enam jenis iaitu Realistik (R), Investigatif (1), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising. (E) dan Conventional (C). Jenis personaliti R berada dalam keadan yang paling selaras dengan persekitaran R, dan jenis personaliti S pula berada dalam keadaan yang paling selaras pula dengan persekitaran S dan seterusnya.