
Kerjaya Menurut Pandangan Islam
Islam menjelaskan bahawa dunia ini ialah jambatan menuju akhirat. Untuk itu, manusia telat. dicipta bagi mentadbir alam ini sesuai dengan fitrah semula jadi insan dengan berpandukan batas-batas yang telah ditetapkan syarak. Sebagai manusia, kita telah dianugerahkan Allah S.W.T. dengan dua sumber untuk menyempurnakan keperluan diri di atas muka bumi ini, iaitu:
1. Sumber insani yang meliputi akal, bakat, pancaindera, kecerdikan dan lain-lain sebagai pendorong
dan pemangkin terhadap usaha untuk mencari rezeki Allah.
2. Sumber tabii yang meliputi daratan, lautan, dan udara yang menjadi aset penting kepada sumber rezeki.
Sesungguhnya kemuliaan seseorang insan tidak terletak pada pangkat atau wang yang dimiliki tetapi pada ketakwaannya yang mencakupi aspek kerjayanya sendiri. Sesiapa yang bekerja walau dalam apa bentuk sekalipun, asalkan pekerjaannya itu halal merupakan sate penghormatan dan kemuliaan. Manusia yang hina di sisi Allah S.W.T ialah golongan manusia yang pemalas, membuang masa, menganggur dan menganggap kerjaya tidak sesuai dengan diri dan sebagainya lagi. Allah S. W.T. telah berfirman yang bermaksud:
Orang yang lemah semangat dan pemalas ialah manusia berjiwa hamba.
Yang berjiwa hamba menjatuhkan dirinya serta kehormatannya dengan mengemis.
Surah (An-Nahl, 75)
Islam memandang kerjaya sebagai satu kepentingan material dalam aktiviti kehidupan manusia di muka bumi ini. Tanpa asas kerjaya yang mantap dan kukuh, mungkin keseimbangan antara fitrah semula jadi manusia baik dari segi jasmani dan rohani. Mental dan erosi akan terganggu dan tidak mungkin suasana selesa akan wujud dalam kehidupan ini. Allah S.W.T menjelaskan melalui firmanNya dalam surah (Ar-Ra'd, 13:11) yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum mereka mengubah sesuatu yang ada dalam jiwa mereka: Dengan kata lain "Yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih tidak akan datang melayang." Islam menggalakkan umatnya berusaha.
Sehubungan dengan ini Saidina Umar pernah mengusir orang yang duduk diam dalam masjid. Beliau berkata janganlah kamu duduk mencari rezekimu dengan berdoa saja (Ya Allah, berilah aku rezeki) kerana sesungguhnya langit tidak pernah menurunkan hujan emas dan perak." Allah S. W.T. sendiri menyuruh manusia beribadat kepadaNya dengan tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. Suruhan untuk tekun beribadah dan berusaha mencari rezeki ini jelas melalui firman Allah S.W.T. dalam surah (Al-Jumaah, 62:10) yang bermaksud "dan setelah selesai menunaikan solat (sembahyang) hendaklah kamu bertebaran di muka bumi dan carilah kurniaan Allah." Allah S.W.T. juga telah berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan jiwanya dan memajukan dirinya.
Dia mengingati akan Tuhannya dengan selalu menyebut namaNya serta mengerjakan sembahyang.
Surah (AI-A'la, 14 & 15)
Islam amat menuntut umatnya menceburi kerjaya yang berkonsepkan Islam bagi membanteras kemiskinan dan kemelaratan hidup. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "Berusaha untuk menyara kehidupan dengan cara yang halal merupakan suatu kewajipan selepas kewajipan sembahyang." Islam bukan sahaja memandang pekerjaan yang dilakukan mengikut hukum syarak itu sebagai sesuatu yang mulia bahkan meletakkannya pada satu tahap yang amat tinggi. Golongan pekerja juga diberikan keistimewaan oleh Islam sesuai dengan peranan mereka. Antara keistimewaan-keistimewaan itu ialah:
1. Mereka yang menjadi buruh, pekerja mahir dan profesional sama ada mereka orang Islam atau bukan
Islam diberikan keistimewaan misalnya pekerja bukan Islam diringankas daripada membayar jizyah.
2. Golongan yang membantu melatih ahli-ahli pertukangan yang belum mahir dan cekap dalam
mengendalikan tugas pertukangan yang diperlukan oleh masyarakat dianggap sebagai jihad, selepas
jihad mengangkat senjata dan membebaskan hamba.
3. Golongan usahawan dan pekerja diberi penghormatan yang tinggi oleh Islam.
4. Golongan pekerja yang susah yang mengalami kesempitan hidup lebih berhak menerima zakat daripada
pekerja tau buruh yang lebih berada seperti yang dibincangkan dan diperjelaskan oleh hukum fikah.
Berusaha dan bekerja sangat dituntut dalam Islam tanpa mengira siapa mereka. Sehubungan dengan itu, para rasul, para nabi dan para sahabat nabi juga tidak terlepas daripada tuntutan ini. Jika sekiranya mereka yang amat dikasihi oleh Allah S.W.T. sendiri bekerja, inikan pula kita sebagai manusia biasa.
Peranan Kerjaya Dalam Islam
Dalam Islam, kerjaya atau pekerjaan mempunyai beberapa peranan sama ada peranan yang berkaitan dengan diri sendiri ataupun yang berkaitan dengan keluarga. Antara peranan kerjaya mengikut pandangan Islam ialah:
1. Memenuhi keperluan hidup seseorang secara sederhana. Menjadi tanggungjawab keagamaan untuk memenuhi keperluan utama seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, rawatan perubatan dan pendidikan. Semua usaha yang dilakukan secara halal untuk mencari rezeki merupakan usaha ke jalan Allah.
2. Memenuhi tanggungan keluarga. Sesungguhnya, tanggungjawab seseorang untuk membantu dan menanggung isteri dan anak-anak ialah tanggungjawab asas yang perlu dipenuhi.
3. Keperluan luar jangka pada masa depan. Islam menggesa manusia agar sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan yang tidak terduga seperti bencana, kesusahan dan kemalangan.
4. Meningkatkan taraf dan martabat hidup seseorang. Melalui kerjaya, kemiskinan dapat dikurangkan dan dengan itu taraf umat Islam akan meningkat dan ketenangan jiwa serta keteguhan akidah akan wujud dalam jiwa Muslim. Kualiti dan tahap pengabdian kepada Allah S.W.T akan bertambah mantap tanpa kerisauan emosi dan rohani terhadap keperluan kehidupan. Umat Islam akan dipandang tinggi oleh agama lain kerana kita mampu berditi sama tinggi dan duduk sama rendah dari aspek ekonomi, sosial dan kehidupan.
5. Memenuhi impian individu. Kerjaya berpunca daripada kecenderungan dan minat seseorang terhadap sesuatu bidang. Kelayakan yang diperoleh juga ialah pemangkin kepada minat yang telah ada untuk mencapai profesion yang diimpikan dalam hidup. Ilmu yang diperoleh akan disalurkan ke dalam kerjaya yang diceburi oleh seseorang.
6. Keperluan bekalan bagi keperluan keluarga yang ditinggalkan. Islam meyeru umatnya agar menyimpan harta untuk keperluan orang-orang yang di bawah penjagaannya setelah meninggal dunia. Sehubungan dengan ini, Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya engkau meninggalkan keluargamu dalam keadaan kaya adalah
lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan kemiskinan,
sehingga mereka terpaksa meminta-minta mengharapkan belas kasihan orang.
Setiap nafkah yang engkau beri kepada keluargamu merupakan sedekah,
sekalipun sesuap makanan yang engkau suapkan ke mulut isterimu.
(Riwayat Bukhari)
7. Perkhidmatan sosial dan sumbangan kepada jalan Allah. Berkhidmat dan memberi sumbangan sosial serta mengikut jalan Allah adalah dituntut oleh Islam supaya setiap umatnya berusaha dengan sebaik-baiknya dan member sumbangan sebanyak mungkin.
Berkaitan dengan perkara ini Allah S. W.T. telah berfirman dalam surah (At-Taubah, 41) yang bermaksud "dan berjuanglah kamu dengan harta dan dirimu pada jalan Allah."

Etika Kerja Dalam Islam
Selain memenuhi peraturan-peraturan seperti yang dibincangkan atas, di dalam Islam juga terdapat panduan yang berkaitan dengan etika kerja. Panduan etika kerja in bertujuan untuk menghasilkan para pekerja yang berkesan dan berjaya. Antara etika kerja dalam Islam ialah :
-
Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah. Setiap individu Muslim sewajarya mengabdikan diri kepada Allah dengan mematuhi segala perintah Nya dan menjauhi perbuatan yang dilarangNya.
-
Bekerja dengan ikhlas dan amanah. Bekerja dengan ikhlas bermaksud bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredaan Allah dan bukannya paksaan.
-
Bekerja dengan tekun dan cekap. Islam sangat menekankan aspek ketekunan dan kecekapan dalam bekerja kerana kedua-dua sifat in boleh meningkatkan produktiviti dan hasil.
-
Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran. Dalam sesebuah organisasi yang mempunyai bilangan pekerja yang banyak sika bekerjasama, berbincang dan bertukar-tukar pendapat dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti organisasi.
-
Bekerja dengan matlamat kebahagiaan bersama. Islam merupakan agama sejagat dan Islam melarang kita daripada berlaku tidak adil terhadap kaum lain. Hal ini kepada kita menjelaskan bahawa kita sebagai pekerja perlu memberi layanan dan perkhidmatan yang sama kepada semua orang tapa mengira asal usul, kaum atau agama mereka.